7 August 2015

Niaga kerana duit

Nota dari Abs : 

Duit adalah pendorong yang tidak bagus.
.
Bahaya 1:
Duit adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.

Apabila kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit, apabila duit lambat masuk, kita rasa kecewa. 

Kemudian kita berasa sia-sia berniaga. 

Kemudian kita patah semangat, lalu kita mula perlahan-lahan memberhentikan daya usaha. 

Modal hangus, asap yang dapat. Kemudian kita putus asa.
.
Bahaya 2:
Jangan berniaga disebabkan kita mahukan duit.

Apabila duit tidak datang, kita sangka kita tersalah memilih bisnes. 

Kita sangka bisnes yang kita pilih itu tidak elok. Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.

Apabila duit tidak datang juga, kita sangka bisnes itu pun tidak betul. Lalu kita tukar kepada bisnes lain. Begitulah seterusnya....
.
Ahli-ahli psikologi (di US) sudah banyak mengkaji personaliti dan psikologi entrepreneurs.

Hasil kajian mereka mendapati entrepreneur yang tulen bukanlah orang-orang yang didorong oleh nafsu-duit.

Berbeza dengan apa yang biasanya disangka. Entreprenuers terjun ke dunia bisnes bukan disebabkan mereka mahukan duit.

Entrepreneurs adalah orang-orang yang mahu hidup bebas menjalankan apa yang mereka suka jalankan.





♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment