31 July 2015

Belajar dengan meniru

Manusia belajar dengan Meniru

Motor lintas lampu isyarat merah! Ikut motor lain.

McDonald’s manfaatkan tabiat manusia suka meniru. Just sediakan modal, dia akan provide everything 100% exactly dengan bisness dia.

Masa belajar dulu, saya cari senior-senior yang berjaya. Tiru sering digambarkan perkara buruk. Tiru cara baik bukan tiru jawapan kawan, tapi tiru tabiat orang berjaya. Supaya kita fikir apa yang mereka fikir, dan buat apa yang mereka buat. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita dapat.

Dan kita jangan lupa, Allah S.W.T hantar kepada kita Nabi untuk kita tiru. Untuk copy 100% apa yang Nabi buat, supaya kita dapat apa yang Nabi dapat – ganjaran bagi orang beriman. Dan Tuhan hantar Nabi bukan dari kalangan malaikat yang taat 100% kepada Dia, tetapi Tuhan hantar Nabi dari kalangan manusia. Supaya apa yang Nabi buat, kita pun mampu buat.

Itulah hukum sunnatullah pada manusia untuk berjaya dalam hidup. Iaitu manusia belajar dengan meniru.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment