2 December 2014

MENDIDIK SABAR DALAM KEJAYAAN



Memaknakan Sebuah Kehidupan

Bila kaya yang kita cari matlamatnya Tuhan, baru kita tahu yang mana “alat”, yang mana “tujuan”. Kereta, rumah, pakaian, duit, dan harta tu semuanya “alat”. Tujuannya; senang beribadah, senang berbuat bakti dalam kehidupan, senang berbuat kebajikan, senang bersilaturrahim, senang berbuat ketaatan, senang berkasing-sayang, senang sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan.
Kereta mewah tak ada makna, melainkan digunakan untuk berziarah kukuhkan silaturrahim dengan keluarga. Kereta mewah tak ada makna, melainkan untuk keluar sebarkan rahmat Tuhan melalui pekerjaan, bisnes atau program kebajikan. Rumah besar tak ada makna, melainkan untuk wujudkan keluarga yang taat perintah Tuhan, untuk bersilaturrahim meraikan keluarga, tetamu dan sahabat handai. Duit banyak tak ada makna, melainkan untuk sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan berikan dalam berkeluarga, berjiran, bersahabat dan bermasyarakat. Pakaian cantik tak ada makna, melainkan untuk tutup aurat suruhan Tuhan. Makanan sedap tak ada makna, melainkan untuk sihat tubuh badan, memudahkan ibadah kepada Tuhan dan berbakti dalam kehidupan. Itulah makna sebenar dalam kehidupan. Bukan sekadar mencari “alat”, tapi memanfaatkan “alat” untuk mencapai “tujuan” sebenar kehidupan.






Hidup Ini Terlalu Singkat

Yang keduanya kena ingat, hidup ni bukannya lama pun. Pejam, celik, pejam, celik, dah 10 tahun masa berlalu. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Rasa baru jer kahwin, sekarang dah beranak pinak. Rasa macam baru jer dapat anak kecik, sekarang anak dah masuk sekolah. Rasa macam baru jer anak masuk sekolah, oh sekarang dah masuk universiti. Pejam, celik, pejam, celik, sedar-sedar anak dah kahwin dah. Tak lama lagi dapat pangkat “datuk” pulak dah.Oh, sekejapnya masa berlalu. Dunia kata pergi, kubur kata mari.
Renungan ni bukan nak melemahkan motivasi dan mengekalkan status quo, tapi supaya kita rasa bersyukur dan bersabar. Syukur dengan apa yang dah ada. Bersabar dengan apa yang belum ada. Jangan letakkan makna hidup dihujung matlamat, tapi maknakanlah hidup disepanjang usaha mengejar matlamat. Supaya setiap apa yang kita buat, semuanya ada “point” mencapai matlamat.


Mencari Keuntungan Dalam Kerugian

Contohya, buat bisnes memang nak untung, tapi ada juga urusniaga yang tak untung, bahkan rugi pun ada. Kalau makna hidup kita hanya pada untung duit jer, memang rugilah kita sebab ‘untung sebenar’ kita boleh dapat walaupun urusniaganya rugi. Ada juga urusniaga yang tak untung, tapi kita untung sebab bersilaturrahim. Ada juga urusniaga yang rugi, tapi kita tetap untung sebab dapat berbakti. Ada juga bisnes rugi, tapi kita tetap untung sebab Allah ingatkan kita supaya jangan lupa diri. Itu semua ‘makna hidup’ yang kita boleh kutip sepanjang usaha kita kejar matlamat.
Kalau tak sempat kaya sekalipun kita tak risau sebab kita memang dah ‘kaya’ di sisi Tuhan. Samada kaya atau miskin, kita tetap akan kembali ke tempat asal kita iaitu Tuhan. Jadi, bersabarlah dalam mencari kekayaan.
Wallahu a’lam.



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

13 GOLONGAN DERAS REZEKI


Apabila Malaikat mendoakan kita,
bukan sahaja pahalanya berlipat kali
ganda. Malah rezeki juga berkali-kali
ganda banyaknya.

Dengan izin Allah. Mudah-mudahan.

===
13 Golongan manusia yang bakal
deras rezeki.
===

13 golongan itu adalah:

1) Golongan manusia yang apabila tidur,
tidurnya diselaputi dengan wuduk.

2) Apabila kita itu sedang menunggu
masuknya waktu solat.

3) Apabila kita dapat mendirikan
solat di saf hadapan.

4) Apabila menyambung saf ketika
hendak bersolat.

5) Apabila dapat ucap "Amin"
serentak dengan Imam.

6) Apabila terus duduk disaf selepas
bersolat (selepas bagi salam).


7) Apabila melakukan solat Subuh
secara berjemaah.

8) Apabila solat Asar secara berjemaah.

9) Apabila berdoa kepada saudara
tanpa ia mengetahuinya.




10) Apabila berinfak dan bersedekah
setiap pagi.

11) Apabila bersahur menunaikan ibadah
puasa (sunat dan wajib).

12) Apabila menziarahi individu
yang sakit.

13) Apabila mengajar kebaikan dan
ilmu kepada seseorang.





♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

1 December 2014

JAGA AIB ORANG LAIN.

Tuhan aku baik sangat dengan aku sebab dia kasihankan aku dan selindung aib2 aku dari mata dunia.

dia rabunkan renung2 tajam manusia dari nampak aku yang penuh cela.

dia peliharakan aib aku agar perhitungan dosa2 aku cuma antara kami berdua dia pertimbangan sana.

mungkin--
tuhan benar2 tunggu aku kembali sepenuhnya pada dia.
dan dia bagi esok2 pada aku antara hari ini dan hari kematian aku agar sempat aku meminta rahmat al-ghafuur dia untuk diampunkan dan dicuci setiap dosa2.

dan kalau tuhan SENDIRI sudi pelihara aib aku--
siapa aku hendak menjaja2 aib sesama manusia.




jaga hati kita.
jaga mulut kita.
jaga tulisan kita.

insyaAllah.
tuhan tolong jaga aib kita.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

Hutang Ibarat Pisau


Masa susah, bukan main susah nak dapat pinjaman bank. Masa senang, macam-macam bank datang nak bagi pinjaman. Hingga kekadang tu orang ambil pinjaman (personal loan) dulu, lepas tu baru fikir apa nak buat dengan duit pinjaman tu!
.
Apa yang kita perlu ingat, bila bank bagi pinjaman, yang CONFIRM UNTUNG IALAH BANK. Tak kira apa jenis loan sekalipun.Yang menanggung ialah kita! Dan sejauh mana kita untung dengan pinjaman tu, ia bergantung cara kita memanfaatkannya...
.
Beberapa pengalaman saya tentang pinjaman bank:
.
1. Housing loan dah bayar lebih RM30k, tapi duit pinjaman cuma berkurangan RM8k! Aduh... Memang 'terkena'. Habis duit bayar 'interest' je. Nasib baik 'kerugian' tu boleh cover dengan kenaikan harga rumah.
.
2. Bila buat housing loan, bank perlu lantik LAWYER untuk LOAN AGREEMENT yang mana mereka bertindak untuk menjaga KEPENTINGAN BANK! Lagi sedih, kos ribuan ringgit kita bayar tu bukan untuk jaga kepentingan kita, tapi kepentingan bank! Sudahlah bank 'makan interest' kaw-kaw atas pinjaman tu, lawyer bank pun kita yang tanggung... 
.
3. Bila apply housing loan, bank 'pakejkan' sekali dengan kad kredit. Sudahlah kad kredit sampai ke rumah tanpa kita yang apply. Belum lagi activate dan pakai kad tu, tiba-tiba dah sampai BIL TERGUNGGAK RM50! Aduh... Terkena lagi...
.
Kesimpulannya, hutang tu ibarat pisau. Kalau ilmu kita level budak kecik yang tak tahu kegunaan pisau, ia boleh mencederakan kita. Tapi kalau ilmu kita macam chef terkenal Jimmy Oliver, pisau tu membolehkan kita sediakan hidangan yang enak.


.
Hutang terbukti mencederakan kedudukan kewangan ramai orang. Tapi hutang juga membuatkan sebahagian mereka yang bijak jadi lebih kaya! Bezanya ialah pada ILMU kita tentang hutang...

wallahualam. :)


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥