23 May 2015

HELLO GADIS

hello,
kenapa menangis?
kamu sedihkah?
kamu dikejami?

hello,
kenapa, gadis?
kamu dimarah?
kamu dikeji?

hello,
ini tangan saya,
letakkan hatimu,
saya simpankan.

kamu gadis yang tidak diadilkan,
mari ke sini, jeritkan dan luahkan,
andai dunia ketawa dan memanggilmu gila,
saya akan menjerit sekali bersama-sama.




♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

21 May 2015

Majlis Ilmu . 
Tajuk : Bulan Ramadhan. 

💖 ibadah puasa ibadah yang unik .
 💖 malaikat meminta ampun kepada Allah utk org yang beriman.
💖 nafsu tidak boleh dibuang tetapi boleh ditarbiyah / dididik.
💖 bulan puasa bulan keampunan.
💖 Allah menghias syurga utk org yang beriman . 

Semoga kita semua sempat bertemu bulan Ramadhan . Aamin . 
#srinufaa 
#nufaaapparel

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

10 May 2015

MAKSUD KUN ANTA "JADILAH DIRIMU SENDIRI"

Oleh kerana ramai yang search di blog saya terjemahan lirik Kun Anta, maka saya kongsikan di sini terjemahan yang dibuat oleh kawan-kawan yang mahir bahasa arab. Mungkinlah ianya tidaklah seratus peratus tepat sebab ada istilah-istilah arab ini yang tiada perkataan bahasa Melayu yang tepat untuk menterjemahkannya.Namun secara asasnya inilah maksud lagu Kun Anta yang korang suka sangat tu.







لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yg aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yg nyata.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak...Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yg bersinar-sinar

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...kita bukan dierima orang lain dgn apa yg tidak ada. Kita diterima adlh kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yg aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka


#KunAntaVersiMelayu #KunAnta #HumoodAlKhuder #Nasyid
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

6 May 2015

UBAH

andai datang siapa2 bertanya tentang masa lepasmu--
ubah.
jangan lagi kita jawab dimulakan dengan "i have no regrets in life". kemudian disambung "i am proud with the mistakes i made". dan secara default akan disusuli dengan "for it made me who i am today".

bilangkan--
"aku bersyukur atas setiap kesilapan yang telah pernah aku perbuat. kerana in away, itu adalah cara tuhan mengajar aku sesuatu tentang sesuatu. namun andai aku ditembungkan dengan situasi yang sama-- aku berdoa agar di setiap kali pertembungan itu-- aku memilih untuk melakukan yang lebih baik dari yang sebelumnya".

ikhtiar.
always choose the betterment.
yang lebih baik.





♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥