2 December 2014

MENDIDIK SABAR DALAM KEJAYAAN



Memaknakan Sebuah Kehidupan

Bila kaya yang kita cari matlamatnya Tuhan, baru kita tahu yang mana “alat”, yang mana “tujuan”. Kereta, rumah, pakaian, duit, dan harta tu semuanya “alat”. Tujuannya; senang beribadah, senang berbuat bakti dalam kehidupan, senang berbuat kebajikan, senang bersilaturrahim, senang berbuat ketaatan, senang berkasing-sayang, senang sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan.
Kereta mewah tak ada makna, melainkan digunakan untuk berziarah kukuhkan silaturrahim dengan keluarga. Kereta mewah tak ada makna, melainkan untuk keluar sebarkan rahmat Tuhan melalui pekerjaan, bisnes atau program kebajikan. Rumah besar tak ada makna, melainkan untuk wujudkan keluarga yang taat perintah Tuhan, untuk bersilaturrahim meraikan keluarga, tetamu dan sahabat handai. Duit banyak tak ada makna, melainkan untuk sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan berikan dalam berkeluarga, berjiran, bersahabat dan bermasyarakat. Pakaian cantik tak ada makna, melainkan untuk tutup aurat suruhan Tuhan. Makanan sedap tak ada makna, melainkan untuk sihat tubuh badan, memudahkan ibadah kepada Tuhan dan berbakti dalam kehidupan. Itulah makna sebenar dalam kehidupan. Bukan sekadar mencari “alat”, tapi memanfaatkan “alat” untuk mencapai “tujuan” sebenar kehidupan.






Hidup Ini Terlalu Singkat

Yang keduanya kena ingat, hidup ni bukannya lama pun. Pejam, celik, pejam, celik, dah 10 tahun masa berlalu. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Rasa baru jer kahwin, sekarang dah beranak pinak. Rasa macam baru jer dapat anak kecik, sekarang anak dah masuk sekolah. Rasa macam baru jer anak masuk sekolah, oh sekarang dah masuk universiti. Pejam, celik, pejam, celik, sedar-sedar anak dah kahwin dah. Tak lama lagi dapat pangkat “datuk” pulak dah.Oh, sekejapnya masa berlalu. Dunia kata pergi, kubur kata mari.
Renungan ni bukan nak melemahkan motivasi dan mengekalkan status quo, tapi supaya kita rasa bersyukur dan bersabar. Syukur dengan apa yang dah ada. Bersabar dengan apa yang belum ada. Jangan letakkan makna hidup dihujung matlamat, tapi maknakanlah hidup disepanjang usaha mengejar matlamat. Supaya setiap apa yang kita buat, semuanya ada “point” mencapai matlamat.


Mencari Keuntungan Dalam Kerugian

Contohya, buat bisnes memang nak untung, tapi ada juga urusniaga yang tak untung, bahkan rugi pun ada. Kalau makna hidup kita hanya pada untung duit jer, memang rugilah kita sebab ‘untung sebenar’ kita boleh dapat walaupun urusniaganya rugi. Ada juga urusniaga yang tak untung, tapi kita untung sebab bersilaturrahim. Ada juga urusniaga yang rugi, tapi kita tetap untung sebab dapat berbakti. Ada juga bisnes rugi, tapi kita tetap untung sebab Allah ingatkan kita supaya jangan lupa diri. Itu semua ‘makna hidup’ yang kita boleh kutip sepanjang usaha kita kejar matlamat.
Kalau tak sempat kaya sekalipun kita tak risau sebab kita memang dah ‘kaya’ di sisi Tuhan. Samada kaya atau miskin, kita tetap akan kembali ke tempat asal kita iaitu Tuhan. Jadi, bersabarlah dalam mencari kekayaan.
Wallahu a’lam.



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

13 GOLONGAN DERAS REZEKI


Apabila Malaikat mendoakan kita,
bukan sahaja pahalanya berlipat kali
ganda. Malah rezeki juga berkali-kali
ganda banyaknya.

Dengan izin Allah. Mudah-mudahan.

===
13 Golongan manusia yang bakal
deras rezeki.
===

13 golongan itu adalah:

1) Golongan manusia yang apabila tidur,
tidurnya diselaputi dengan wuduk.

2) Apabila kita itu sedang menunggu
masuknya waktu solat.

3) Apabila kita dapat mendirikan
solat di saf hadapan.

4) Apabila menyambung saf ketika
hendak bersolat.

5) Apabila dapat ucap "Amin"
serentak dengan Imam.

6) Apabila terus duduk disaf selepas
bersolat (selepas bagi salam).


7) Apabila melakukan solat Subuh
secara berjemaah.

8) Apabila solat Asar secara berjemaah.

9) Apabila berdoa kepada saudara
tanpa ia mengetahuinya.




10) Apabila berinfak dan bersedekah
setiap pagi.

11) Apabila bersahur menunaikan ibadah
puasa (sunat dan wajib).

12) Apabila menziarahi individu
yang sakit.

13) Apabila mengajar kebaikan dan
ilmu kepada seseorang.





♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

1 December 2014

JAGA AIB ORANG LAIN.

Tuhan aku baik sangat dengan aku sebab dia kasihankan aku dan selindung aib2 aku dari mata dunia.

dia rabunkan renung2 tajam manusia dari nampak aku yang penuh cela.

dia peliharakan aib aku agar perhitungan dosa2 aku cuma antara kami berdua dia pertimbangan sana.

mungkin--
tuhan benar2 tunggu aku kembali sepenuhnya pada dia.
dan dia bagi esok2 pada aku antara hari ini dan hari kematian aku agar sempat aku meminta rahmat al-ghafuur dia untuk diampunkan dan dicuci setiap dosa2.

dan kalau tuhan SENDIRI sudi pelihara aib aku--
siapa aku hendak menjaja2 aib sesama manusia.




jaga hati kita.
jaga mulut kita.
jaga tulisan kita.

insyaAllah.
tuhan tolong jaga aib kita.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

Hutang Ibarat Pisau


Masa susah, bukan main susah nak dapat pinjaman bank. Masa senang, macam-macam bank datang nak bagi pinjaman. Hingga kekadang tu orang ambil pinjaman (personal loan) dulu, lepas tu baru fikir apa nak buat dengan duit pinjaman tu!
.
Apa yang kita perlu ingat, bila bank bagi pinjaman, yang CONFIRM UNTUNG IALAH BANK. Tak kira apa jenis loan sekalipun.Yang menanggung ialah kita! Dan sejauh mana kita untung dengan pinjaman tu, ia bergantung cara kita memanfaatkannya...
.
Beberapa pengalaman saya tentang pinjaman bank:
.
1. Housing loan dah bayar lebih RM30k, tapi duit pinjaman cuma berkurangan RM8k! Aduh... Memang 'terkena'. Habis duit bayar 'interest' je. Nasib baik 'kerugian' tu boleh cover dengan kenaikan harga rumah.
.
2. Bila buat housing loan, bank perlu lantik LAWYER untuk LOAN AGREEMENT yang mana mereka bertindak untuk menjaga KEPENTINGAN BANK! Lagi sedih, kos ribuan ringgit kita bayar tu bukan untuk jaga kepentingan kita, tapi kepentingan bank! Sudahlah bank 'makan interest' kaw-kaw atas pinjaman tu, lawyer bank pun kita yang tanggung... 
.
3. Bila apply housing loan, bank 'pakejkan' sekali dengan kad kredit. Sudahlah kad kredit sampai ke rumah tanpa kita yang apply. Belum lagi activate dan pakai kad tu, tiba-tiba dah sampai BIL TERGUNGGAK RM50! Aduh... Terkena lagi...
.
Kesimpulannya, hutang tu ibarat pisau. Kalau ilmu kita level budak kecik yang tak tahu kegunaan pisau, ia boleh mencederakan kita. Tapi kalau ilmu kita macam chef terkenal Jimmy Oliver, pisau tu membolehkan kita sediakan hidangan yang enak.


.
Hutang terbukti mencederakan kedudukan kewangan ramai orang. Tapi hutang juga membuatkan sebahagian mereka yang bijak jadi lebih kaya! Bezanya ialah pada ILMU kita tentang hutang...

wallahualam. :)


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

22 September 2014

IOS 8

Saya suka kan teknologi .

Tu sbb saya sukakan gadjet. Seperti smartfone, camera, laptop n etc. Saya sukakan kecanggihan. Kelajuan serta ketepatan utk mendapatkan matlumat. 

Klu dulu smartfone penuh game, tapi sekarang smartfone ibarat peti besi. Banyak  input2 penting di dalamnya yang orang lain sukar untuk menyelongkarnya. Orang boleh anggap apa sahaja kpd penggemar gadjet. 

Smartfone ibarat kawan baik.Saya suka tulis surat untuk diri sendiri di smartfone.saya tuliskan seberapa banyak ayat positif di dalam smartfone. Bila saya down , bila saya frust , saya selongkar peti besi. Pump dan pump semangat bg kuat balik. πŸ’ͺ.esok bangun pg , i.allah boleh solve masalah .

Ok jom tido πŸ˜¬πŸŒ™πŸŒ πŸ’•




♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

8 September 2014

JODOH

Setiap kali menadah tangan , aku menyebut 1001 kali nama yang sama. Ustaz Azhar Idrus pesan, berdoa dari sekarang utk kita bertemu jodoh dengan org yg kita cinta. Bersama atau tidak itu cerita kedua. Sekurang2nya aku cuba. TUHAN , bantu aku. Semoga kami dijodohkan, dipanjangkan jodoh dan dikekalkan jodoh. 








♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

6 August 2014

Semakin hari kau dengan aku, kau akan makin kenal aku. baik buruk aku. Belang aku. Lagak buruk aku. Sedih sompek aku. Kau akn lebih tahu hal apa yg mgembirakan aku dan menyedihkan aku. Disaat itu, kau boleh pilih utk kekal disisi  berpimpin tangan utk jadi lebih baik atau kau pergi tinggalkan aku dgn keterpurukan diri aku. Tiada manusia sempurna. Kesempurnaan datang apabila 2 tangan di atas, menguatkan 2 tangan yang ada di bawah. 


Just miss you sis @fynnjamal πŸ’–πŸ‘„πŸ’—πŸ’œπŸ’™πŸ’›πŸ’š



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

10 July 2014

Mengapa Israel menyerang palestin?

Seperti umum mengetahui bahawa bangsa Israel adalah bangsa cerdik pandai seperti mana difirmankan Allah S.W.T didalam surah Al-Ahzab "Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa". Ia digambarkan didalam Al-Qu'ran sebagai manusia yang keras kepala, membangkang, manusia yang tamak dengan harta dunia, pengecut dan suka menghina-hina.

Telah ditunjukkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari nabi Allah Nabi Musa,Isa dan lainnya tetapi mereka tetap tidak mengakui tentang kebenaran ajaran yang dibawa malahan Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka seperti Zakaria dan Yahya telah mereka bunuh dan mereka juga cuba untuk membunuh Nabi Isa.


Bani Israil adalah keturunan Yahudi yang berasal daripada anak-anak nabi Yaakub a.s seramai 12 orang yang dikenali sebagai Al-Asbaath iaitu Rubin, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar,Jad,Ashir, Naftali, Yusof a.s dan Bunyamin.Sebahagian diantara mereka ada yang diangkat menjadi Nabi Seperti Nabi Yusof a.s.

Sebenarnya terdapat ramai Rasul-rasul yang diutuskan kepada Kaum Bani Israel seperti Nabi Yusof, Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Daud,Nabi Sulaiman,Nabi Ilyas,Nabi Yunus,Nabi Zakaria,Nabi Yahya dan Nabi Isa tetapi mereka tetap tidak menerima ajaran yang yang disampaikan malahan mereka turut menfitnah Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Pada hari ini, Kaum ini dengan angkuhnya telah banyak membuat kerosakan dibumi palestin, dimana bumi yang suci bagi umat islam.mereka telah banyak membunuh penduduk-penduduk Palestin yang tidak berdosa dan persoalannya kenapa ?.

Pada 14 Mei 1948, adalah satu tarikh dimana penubuhan Israel,dimana kemuncak cita-cita kaum Yahudi dengan berjayanya membina sebuah negara melalui pelbagai rundingan dan episod peperangan.Sesungguhnya golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah s.w.t satu ketika dahulu yang kebanyakan mereka memiliki kebijaksaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain.Ini jelas dimana kebanyakkan Nabi dan Rasul diturunkan melalui keturunan mereka,malah nabi Isa sendiri adalah termasuk daripada keturunan Bani Israel.

Dengan kemuliaan yang diberikan kepada mereka,golongan ini menjadi sombong dan bongkak serta memandang hina kepada kaum lain dan apa yang berlaku mereka suka bunuh membunuh dan mencetuskan pelbagai kezaliman yang tak sudah-sudah terhadap rakyat Palestin dan Labenon.

Kenapa Israel bertindak kejam keatas Rakyat Palestin ?, persoalannya disini.
seperti yang diketahui, Tanah Palestin adalah tanah yang suci bagi umat islam ini kerana disitu terletaknya Masjidi Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia didunia ini selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi,sementara bagi penganut Yahudi pula Tanah tersebut adalah tanah tersebut adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, disitulah tanah nenek moyang mereka dari Kaum Bani Israel dan mereka percaya disitulah terletaknya Bukit Zion dan mereka percaya disitulah tertanamnya Temple of Solomon.

Atas sebab itulah tanah tersebut sentiasa menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi.
Seperti yang diketahui dalam Al-Qu'ran,bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.

Selepas kewafatan Nabi Musa berlakulah kisah Talut dan Jalut seperti mana yang diceritakan didalam Al-Quran Melalui surah Al-Baqarah, Tanah Palestin telah diperintah oleh Jalut dan telah dirampas kembali oleh Talut dan pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud,seterusnya Nabi Sulaiman dan Palestin dimiliki oleh Bani Israel sehinggakan 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Selepas Palestin menjadi milik Islam Kerajaan Rom telah menjalani Kristianisasi dan menjalani pelbagai perubahan dan sejak dari 1000 Masihi tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha untuk menawan kembali palestin dan Pada Tahun 1063, Pope Alexander II mengarahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin.
Maka tercetuslah perang Salib dan pada tahun 1099 tentera Salib berjaya menawan Palestin dan setelah itu keadaan berlanjutan sehinggakan hampir 200 tahun sebelum lahirnya seorang pemimpin agung yang dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi.
Salahuddin Al-Ayyubi telah menyatukan masyarakat arab yang pada masa itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran seterusnya membawa tentera islam menyerang kembali Palestin dan akhirnya pada tahun 1187 ibu negara palestin berjaya ditawan dan pada tahun 1291 kubu tentera salib berjaya dimusnahkan.
sejak daripada itu Tanah suci Palestin berada dibawah pemerintahan Islam dan penduduk asal Palestin iaitu Yahudi dibenarkan pulang dan sejak daripada itu kerajaan Islam berkembang luas sehinggalah ke era pemerintahan Turki Uthamaniyyah, dimana pada Zaman Turki Uthmaniyyah ia mengalami kejatuhan pada abad ke-19 dimana prosos modenisasi berlaku dan empayar islam semakin lemah dan dibawah kekuasaan barat.
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga Britain,Perancis,Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.


Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab dan akhirnya Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan pemerintah Arab pada masa itu Emir Faisal I telah berpaling tadah dan memihak pada pihak Britain maka selepas itu Kerajaan Arab menjadi tali barut Britain dan Britain menduduki kawasan Iraq dan akhirnya pada tahun 1917 Britain menduduki Palestin dan perang salib berakhir.
selepas itu penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta dan Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Setalah berakhirnya perang dunia pertama British membenarkan Kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin dan pada tahun 1919 Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
selepas itu keadaan berterusan sehinggalah lahirnya seorang pemerintah Jerman iaitu Adolf Hitler dan tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab dan Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan dan pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini dan Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Dipetik daripada sumber-sumber di internet
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

25 May 2014

Aura !

Walaupun sedih , tp jgn bg org nmpk yg kita sedih. Stay cool. Kekalkan aura positif sampai lelapkan mata mlm ni. Esok pg , lakukan benda yg sama. Kekalkan 66 hari berturut2, insyaAllah anda akn lupakan segala negativiti yg pernah berlaku dlm hidup anda. Stay positive, stay smile and stand strong! Caiyok caiyok !! 





♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

22 May 2014

BRING IT ON

Masalah akn selalu ada. Ketakutan juga akn selalu ada.Kelemahan dan kekurangan juga akn selalu ada. Hanya kita mampu bahagiakan diri kita.  Klu kita terus bersedih , kita telah berhutang kpd diri kita utk jadi org bahagia.  Jadi , katakan pada masalah kamu ,yang berat lagi menyeksa, JUST BRING IT ON :) .. Just to be happy with your life . Salam barakah :)




♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

17 April 2014

PILIH

sekali kita mulakan untuk puaskan hati seseorang, selagi itu kita takkan berhenti.
kerana akan sentiasa ada lagi. sampai bila nak hidup dgn keadaan parut penuh di badan dan luka2 sepanjang jalan?soalkan dalam hati,
bahagia orang atau bahagia sendiri.

pilih.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

PELUK

kalau ini cerita kita;
ayuh kesat air mata dan cari rahsianya.

masa terlalu sedikit untuk kita raung2 dan murung2.
untuk apa dibazirsia,
untuk apa dituang tanpa tadahnya.

bukankah telah aku bisik tadi malam;
bila taufan sudah surut.
tetap datang petir ribut.

saksikan aku sedayanya mencengkam sumpah setia.
selagi ada nyawa.
selagi ada cinta.

selagi ada.

kerana tuhan lebih tahu
apa yang terpaling cantik
untuk kau.
untuk aku.



maka diam.
dan peluk aku.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

15 April 2014

busuk hati
setiap kali ada orang cakap depan aku yang setiap dugaan datang dalam hidup kita adalah bahana sifat dan perangai dalam perbuatan kita--

aku jawab:
tak baik kau busuk hati pada tuhan--
bersangka buruk pada dia.

entah.
apakah cuma aku.
agaknya mungkin memang hanya aku yang merasakan setiap yang berat dipikul badan adalah juga hadiah indah dan melazatkan?


kerana apa yang mata aku lihat adalah ini:
HANYA dari kesusahan yang diterima dengan senyum dan kesabaran--
bakal mendatangkan rezeki yang banyak berkoyan2.

bermakna--
lebih besar beban di bahu kita--
LEBIH rezekilah kita nantinya.

entah.
mungkin cuma aku.

apa pun juga,
jangan sekali2 datang pada aku--
dan kata:
ini semua balasan tuhan pada dosa kita.

balasan atau tidak--
itu bukan hak kita untuk cerita2.

tuhan aku baik.
dan aku suka apa saja yang datang dari dia.



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

14 April 2014

Rahmat Tuhan !

Berapa banyak derita yg telah kita lalui sepanjang hidup ini ? Cuba ingat . Ketika kita kena keperitan ,kita rasa kita tidak dpt keluar drpdnya.ketika kita terkena musibah tertentu , kita akn cakap "habislah aku kali ini "! Tapi usia kita masih lagi berjalan , kita masih lg hidup dan menikmati kurniaan kehidupan ini. 


Ketika kita kata ," Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah " ! Tetapi alpa nya  kita, hari ini kita telah pun lupa perkataan itu.


masih ingatkah kita pada nikmat Allah ?kita selalu bersyukur bila kita diberi benda baru.dan kita akn lupa  dgn apa yg kita telah ada.


Kata Hamka " yang ada inilah harapan kita".bkn salah utk kita mengharap sesuatu yg belum ada ,tetapi jgn lupa apa yg kita telah ada.bersyukur lah wahai diri! 


Ada sahabat nabi pernah berkata" syukur terkadang lebih tinggi makamnya drpd sabar " . Seorang insan mungkin boleh bersabar , tetapi belum tentu dia boleh bersyukur . 

Jadi , dimanakah kedudukan kita sekarang ? Muhasabah diri serta audit lah diri . 

Salam sayang , #srinufalegacyπŸ’›πŸ’™πŸ’œπŸ’š❤️πŸ’—πŸ’–πŸ’•πŸ’“πŸ’‹πŸ’‹




♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

13 April 2014

BAHAGIA SAYA

akan ada satu tahap dalam hidup , kita hanya mahu bahagia bersama keluarga.
bahagia kita hanya kita-kita shj yang  tahu dan rasa.
org kata nak jumpa yang baik , kita kena jd baik dahulu.
kita tak tahu org lain bagaimana , tapi kita tahu diri kita.

saya ini tiadalah baik,
tetapi masih berharap supaya jumpa yang baik.
semua org rasanya sama.
seronok bila dapat jumpa teman hidup yang boleh bantu kita jadi lebih baik .
tapi buat masa ini , harta saya adalah keluarga saya.
saya tak tahu org lain tetapi saya tahu saya.
saya adalah anak manja abah dan ibu saya :).. wink wink :* :*

lihat gambar di bawah , comel kan? 
ini keluarga saya .. keluarga awak begitu juga ya? :)


ini juga keluarga saya , sepasang ibu bapa , 2 org lelaki , 2 org perempuan.
cukup melengkapi keluarga saya.



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

11 April 2014

RINDU

Biarkan aku sendiri dgn rindu ini --
Biarkan aku sendiri dgn cinta ini --
Apakah selama ini hati aku sekadar kau bodoh- bodohkan , olok- olok kan ? 
Biarkan aku kasih --
Aku tidak mahukan kau lagi --
--- diam ---

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

8 April 2014

Im Quit

Sudah beberapa jam, 
Sudah beberapa hari , 
Sudah beberapa minggu --

Byk perkara yg aku belajar tentang ilmu kehidupan --
From kosong terus naik kpd angka 5 --
Ilmu yg bagus bukan? Meningkatkan pengetahuan sendiri --
Tetapi , ianya tidak semudah apa yg org cakapkan dan fikirkan --
Ya betul , if you stop to learn , you will stop to earn --
Mungkin tak ada rezeki , tak ada jodoh --
Dipertengahan jalan tubuh ku mati --
Im quit learning from you --
Im hurt -- sorry 


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

2 March 2014

Hasbi Rabbi Jallallah
** cukup bagiku Tuhanku

Maafi Qalbi Ghairullah
**Tiada niat dihatiku selain Allah

Nur Muhammad Sallalllah
** Nabi Muhammad itu cahaya Allah

Bacakanlah zikir ini disaat kamu merindui seseorang. Semoga dgn bacaan zikir ini mampu mengubah perasaan rindu tersebut kpd mengingati Allah.
Allahu Akbar.Allah Maha Besar.
Allah Allah Allah !!
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

28 February 2014

Salam sabtu semua --
Semoga kalian dlm keadaan yg diberkati olehNya --
Dh bersyukur ke belum hari ini?
Listkan sekurang2nya 10 utk kesyukuran hari ini ya --
1.syukur masih bernafas
2.syukur anggota badan masih berfungsi
3.syukur masih boleh melihat
4.syukur tempat tinggal masih dlm keadaan selamat.
5.syukur diberi kesihatan yg baik
6.syukur Allah masih menjaga keselamatan diri
7.syukur masih dpt bersama yg tersayang
8.syukur org tersayang masih hidup.
9.syukur masih disayangi dan dihargai
10.syukur masih diberi rezeki yg cukup.
Tak terkira nikmatMu Ya Allah.sedikit minta, banyak kau beri.
Tq Allah.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥