19 August 2015

Nilai Diri

Ramai orang silap persepsi tentang “duit”. Walaupun kita tak pernah kata duit tu “segala-galanya”, tapi bila tak ada duit, kita rasa segala-galanya habis – rasa stress, gelisah, risau, dan rasa hilang segala-galanya. Padahal, kita masih ada segala-galanya. Kita masih ada isteri, masih ada anak-anak, masih ada tempat berteduh, badan masih sihat, masih boleh bergerak sana sini dan paling penting kita masih ada upaya untuk cari duit lagi!

Katakanlah dulu kita pandai buat kerja untuk dapat income RM5,000 sebulan, walaupun kita muflis sekalipun, kita masih ada SKILL yang membolehkan kita dapat income RM5,000 sebulan! Kalau dulu kita pandai buat sales, walaupun muflis sekalipun, kita masih ada skill untuk buat sales lagi. So, apa masalahnya kalau kita tak ada duit? Duit tu boleh cari lagi… Pokoknya ialah sejauh mana NILAI DIRI kita? Nilai diri itulah ‘harta’ yang membuatkan duit tu akan datang lagi, lagi dan lagi sebenarnya…

Nilai Diri Abdul Rahman Bin Auf

Kalau kita selak sirah usahawan muslim terulung di zaman Nabi S.A.W, iaitu Abdul Rahman Bin Auf (ARBA), beliau tinggalkan segala hartanya di Mekkah masa hijrah ke Madinah. Beliau berhijrah ‘sehelai sepinggang’ dan menjadi muflis sebab semua hartanya dirampas oleh kafir Quraisy. Saya pernah ceritakan tentang beliau dalam artikel “Abdul Rahman Bin Auf, Idola Usahawan Muslim” sebelum ni.

Persoalannya, adakah Abdul Rahman jadi fakir miskin masa di Madinah? Tak, bahkan lepas 10 tahun di Madinah, Abdul Rahman kembali jadi seorang millionnaire! Dan tahun kewafatannya (tahun ke-32 hijrah), beliau adalah seorang billionnaire! Jadi, harta kekayaan sebenar kita terletak pada HARTA yang kita miliki atau pada NILAI DIRI kita sendiri?

Pastinya kekayaan tu ada dalam diri kita sendiri. Ilmu, kemahiran, pengalaman, fikiran yang positif, jiwa yang terdidik, itulah dia kekayaan kita yang sebenar. Kalau orang rampas semua harta kita sekalipun, kita akan tetap kembali kaya! Tapi si pemenang loteri menang RM1,000,000 sekalipun, tahun depan dia akan kembali miskin! Sebab nilai diri dia tu tak setara dengan RM1 juta yang dia miliki. Dia masih lagi seorang miskin….

Income Sangat “Predictable” Bila Berilmu

Sebab tu bila orang faham pasal bisnes, dia tak akan risau pasal income sebab income dalam bisnes ni sangat predictable! Ia boleh diusahakan dan kita boleh jangka hasilnya bila kita ada ilmu. Bila income sikit, kita tahu kenapa sikit. Bila income banyak, kita tahu kenapa banyak. Ia bukan ‘nasib’. Kalau nak banyak, usahakan cara banyak. Nak sikit, buat sikit-sikit.

Kekadang saya kesian bila tengok orang baru, yang belum faham pasal bisnes. Mereka fikir kejayaan tu adalah LUCK (nasib baik). Nak buat bisnes, tapi tak minat baca buku. Nak maju tapi tak minat datang seminar dan bercampur dengan orang berjaya dalam bisnes. Buat bisnes sekadar cuba-cuba, mana tahu ada rezeki agaknya… Bila bisnes tak berhasil, dia cakap bisnes tu tak bagus! Padahal bisnes tu BELUM lagi berhasil sebab nilai diri dia belum lagi meningkat! Nak buat appointment belum pandai lagi, product knowledge kurang lagi, nak present produk pun belum confident, nak ambik hati customer pun belum pandai dsb. Itulah sebenarnya yang membuatkan bisnes tu BELUM berhasil, bukan bisnes tu tak bagus. Kalau “nilai diri” dia masih di level yang sama, buat la apa bisnes sekalipun hasilnya tetap sama…

Peningkatan Nilai Diri Perlukan Masa

Bila nak tingkatkan NILAI DIRI, memang perlukan masa… Ia bukan berlaku overnight! Mungkin ada yang cepat ‘bosan’ sebab ia perlukan masa untuk berjaya dalam bisnes. Mungkin sebab tu juga ramai orang suka join bisnes ‘overnight’ yang tak payah buat apa-apa. Just klik, goyang kaki dan tunggu duit masuk dalam akaun… Oh, indahnya dunia… (“,)

Meningkatkan kekayaan ialah proses merubah diri, bukan merubah poket.

Kalau dia faham, dia sepatutnya dah boleh ‘hidu’ bisnes tu tak genuine, iaitu bisnes yang jenis tak perlu baca buku, tak perlu pergi seminar, tak perlu belajar dan tak perlu itu dan ini. Just join dan tunggu duit masuk. Tapi realitinya, bisnes yang tulen dan kekayaan yang sebenar tak boleh lari dari sunnatullah; perlu belajar, perlu baca buku, perlu datang seminar, perlu ada guru, perlu korbankan masa, perlukan masa untuk maju dsb sebab itulah cara sebenar yang membuatkan kita kaya. Kekayaan kita berkadar terus dengan NILAI DIRI kita yang meningkat… Kalau bisnes yang jenis semuanya “tak payah”, ucap “assalamualaikum” jer lah… (“,)

5 Amalan Tingkatkan Nilai Diri

Jadi, kalau nak kaya, saya perhati ada 5 amalan boleh meningkatkan “nilai diri” kita sekaligus meningkatkan kekayaan kita. Ia diamalkan oleh majoriti orang kaya di dunia. Dan 5 perkara ni saya amalkan dengan sabar sejak mula-mula menceburkan diri dalam dunia bisnes. Saya tahu, bisnes kami pasti berhasil satu hari nanti. Dan memang betul, amalan inilah yang membuatkan kami lebih kaya berbanding 5 tahun lepas, dan akan menjadi lebih kaya 5 tahun akan datang, insyaAllah. Antara amalannya:

1.Membaca buku positif
2.Mendengar CD & menonton rancangan positif
3.Hadiri seminar, kelas, bengkel
4.Bergaul dengan orang berjaya & positif
5.Memelihara ibadah asas
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment