25 December 2013

RACUN PERGILAH

Ya Rabb aku bersedih hari ini.
Sudah agk lama aku tidak bersedih dan hari ini ia muncul kembali.
Aku manusia biasa yg buat silap.
Aku telah melukakan ramai org.
Ya Allah bantu aku, bantu mereka utk hilangkan rasa sedih ini.
Rasa pilu ini.
Hanya Kau Yang Maha Penyembuh kelukaan.
Sembuhkanlah aku dan mereka dari racun sedih ini.
Jgn Kau izinkan racun ini memakan sisa2 kebahagian kami.
Aku terasa jatuh Ya Allah.kuatkan  hati hambaMu.
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad! !
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

20 November 2013

MARI SUNYI KAN

mari, sunyikan.
mari,
ke rumah kecil itu
di pinggir air jernih
sepurnama perosoknya.

sunyikan,
indah kita di situ
berdua walau perih
tujuh langit ketawanya.

mari,
berpeluk atas batu
melorek asmara kasih
hanya unggas lagunya.

sunyikan,
bahagia tak tertipu
dada yang kosong sedih
sentiasa hendaknya.

mari sunyikan,
dengan benih yang mahu singgah
dan menumpang tidak lama lagi.

mari sunyikan,
cinta yang mereka cela sumpah
takkan mungkin takkan terbagi.

mari sunyikan,
kerana ia agung dan suci.

mari sunyikan,
kerana manusia itu dengki.

** COFFEE PASTA **FYNN JAMAL
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

2 October 2013

SEKERAT AMALAN


"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.

Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.

Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.

Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.

Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".

Dan jangan sekadar minta sekali.

Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.


Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.

Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--

Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.

Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.
InsyaAllah,
inilah random kindness of the day aku. 

1) Demi mahukan zuriat.  
Rabbi laa tazarni fardan, wa antal khairul waarithiin.
Tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
Wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda Juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia. 

2) Demi mempermudah segala masalah.

Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair.

Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
Gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. Sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari Tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) Demi rezeki yang cukup asal cukup.

Wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. Wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.

Wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu. Innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
Dan sesiapa bertakwa kepada Allah-- diadakan Allah jalan keluar. Dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2. Dan sesiapa berserah sehabis2nya pada Allah-- padanya dibagi kecukupan. Sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.
Amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- Rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. Kerana apa perlu semua itu, bila telah ada Tuhan di setiap jalan engkau itu.
  
4) Demi meminta pertolongan. 
Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami,

Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- walau dalam sekelip mata cuma.

Ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari Ustaz Kazim Al-Hafiz. Dia ceritakan Rasulullah melihat Fatimah hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya Fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. Bila baginda datang sekali lagi, dia dapati Fatimah masih dalam keadaan sama. Rasulullah terus menegur Fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".


Buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
Moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.

Moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.
Pesan aku--


Tuhan itu Ada.

Percaya dan bukan sekadar kata.

Yakin.
Dia selalu ada untuk kita--

Tak kiralah buruk mana kita--
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita.
Tuhan itu sifatnya ADA.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

30 September 2013

THE POWER OF SYUKUR


kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?



saya boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.

kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.

kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.

kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.

kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.

kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

ustaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)


maaf, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nafas.



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

4 September 2013

BAHAGIA TAK PERLU MEWAH


Bila kita risau, kita akan tarik lebih banyak kerisauan dalam hidup kita.
Bila kita sedih, takut..kita akan tarik lebih banyak kesedihan, ketakutan dalam hidup kita..

Dan

Bila kita gembira, rasa bersyukur, banyak kasih sayang, kita akan tarik lebih banyak kegembiraan, kesyukuran, dan kasih sayang yang melimpah-limpah dalam hidup kita--
Hiduplah dengan penuh kasih syg supaya segala kesedihan, kerisauan lebih banyak dibuang dan cedok lah kasih syg sebanyak yang mungkin--







Ingat ! biar tak kaya duit tetapi kaya dengan kebahagiaan---


itu bahagia sebenar biar pun sederhana--
Berkasih sayang..berbahgia itu adalah percuma---
Tak perlu mewah ! :D



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

HATI RONYOK


aku ingin hidup yang itu.
rumah biasa2, tapi riuh memecah bulan.
suami biasa2, tapi teguh merangkul badan.
hidup biasa2, tapi kukuh menongkah taufan.

itu bahagia aku.






dan bayangkan andai kamu punya satu lukisan sedemikian di atas,
kau tunjukkan pada orang,
tapi engkau ditertawakan.

apa kamu rasa?

*diam*

benar.
hidup aku tidak patut dimegah.
bahagia aku sangat harus disumpah.

*diam lagi*






biarkan aku gembira dengan habuan aku.
aku aman dengan pekakas hidup yang murah ini.
dan aku sebenarnya gembira engkau tidak hendakkan yang sama.

kerana keistimewaan ini, cuma aku yang punya.
kerana keistimewaan ini, aku rasa berjuta dollar.





i feel like a million bucks.

feel.
rasa.
milik aku.

carilah mimpi yang lebih membahagiakan.
cumanya, usah merendah2kan keluarga dan teman2 aku.
kamu telah benar2 menyinggung.

*diam*


harga diri aku,
adalah untuk aku nilaikan.
bukan orang lain.

ini trofi aku.
dan aku suka sama ia.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

5 August 2013

BANTU AKU


situasi di sungai deras. di depan mata-- manusia lemas.
kau boleh hulur segala jenis kayu dan pelampung.
kalau tidak disambut kembali--
bermakna dia memilih mati.
dia memang tak mahu ditolong.

kita takkan mampu selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan.

bagilah alasan apa.
tak mahu kawan kita makin hanyut bergelumang dosa.
tak sanggup kekasih berterus dengan dadahnya.
tak kudrat pandang ayah mabuk setiap masa.
tak ingin lihat saudara tetap tak beragama.



kau seret dia balik,
kau bilas dengan 77 air kolah masjid,
kau jemur dia di puncak bukit--

selagi dia tak mahu dibantu;
dia TETAP tak mahu dibantu.

pertolongan--
wahai sekalian manusia--
datang dari DIRI kita sendiri.

maka berhenti jadi pahlawan.
orang--
kalau tak mahu ditolong--
akan melawan.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

29 July 2013

KAU TIDAK SPECIAL

punya gempak syaitan bisik kat telinga kita--
atas dasar "sayang kawan, takkan aku nak tanggung risiko kehilangan kawan aku yang baik ini?".

hakikatnya--
tak ada satu manusia pun dalam dunia ni yang jahat secara total.
macammana samseng pun seorang penyangak--
dia bayar nasik campur yang dia order disulamkan lafaz 'terima kasih'.
macam mana tahi pun seorang perompak--
dia pernah belanja kawan dia kfc.
tak kiralah belanja pakai duit haram.
niat dia nak belanja.

jadi--
dengan modal "kawan kau pernah buat baik kat kau, tergamak kau nak buang dia", syaitan pujuk kau bertahan.

untuk membuang satu tabiat; aku fokuskan kepada habit2 tidak molek; hendak tidak hendak kita terpaksa korbankan manusia2 yang berlegar di setiap kali kita mengamalkan perbuatan tidak baik.

hendak berhenti berjoget di kelab malam--
kita akan hilang kawan2 kelab malam.
hendak berhenti bakar kaca--
kita akan hilang kawan2 bakar kaca.
hendak berhenti togok arak--
kita akan hilang kawan2 togok arak.
hendak berhenti jadi perempuan tak ada harga--
kita akan hilang kawan2 perempuan tak ada harga.

oh syaitan,
betapa kau strategis.
siapa kata bisiknya cuma pada kejahanaman?
siapa bilang hembusnya cuma pada kejahatan?

ketika berlaku baik lah paling selalu dia ada;
ketika hendak memberi nasihat di pesbuk.
ketika hendak memberi sedekah di meja mamak.
ketika hendak solat.
ketika hendak puasa.

sebab itu aku begitu bersetuju dgn sheikh hamza;
barangkali suatu dosa yang merendahkan dongak adalah lebih mulia dari pahala yang membesarkan diri.

sebab di banyak masa--
kita sungguh tidak tahu apakah kebaikan kita itu benar2 kebaikan--
atau suatu kebaikan yang menopeng busuk hati kita.

kerana itu--
setiap apa yang terzahir--
bukan milik kita untuk mempersoalnya.

kecuali tuhan.

maka hati2 ketika bercakap2 tentang dosa orang.
hati2--
kerana ada kemungkinan yang memberitahu engkau untuk bercakap tentangnya bukanlah hati engkau--
namun syaitan juga.

kita tak pernah tahu tentang orang.
siapa dia.
bagaimana mereka.
kita takkan pernah tau.

TAPI.
kita tahu kita.
dan kita MAMPU tentukan hidup kita.

kita mampu tentukan bagaimana kita hidup sepanjang hidup kita.
yes. this is just sickening.
membuang satu ritual yang sudah menjadi tabiat--
dan bersamanya membuang kawan2 yang at some point pernah memberi kita suatu perasaan terhargakan.



tak ada manusia normal tidak kisah merasa palat.
mana2 manusia ada akal tak suka jadi jahat.
but we have to.

anggapkan begini--
diabetic, luka, anggota tubuh mereput.
hendak tak hendak--
kau perlu potong.

boleh hidup tanpa buang.
memang boleh.
doa sama tuhan ia pulih.
percaya pada keajaiban yang mungkin terjadi.
harapkan perubahan.

but who are you kidding?
your life is no movie, kid.
you are everybody.
kau tidak special.
dan tubuh kau sedang mati.




make that choice.
buat pilihan kau.
sekarang.

sebelum terlambat.
malam belum habis.

sempat.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

SUSAH BARU NAMPAK TUHAN


sering kita dengarkan:
"tengah susah baru cari tuhan"
kan?

seperti ianya sesuatu yang hina.
seperti kalau susah kena tahan dan berdiam.
demi menunjukkan kita memang konsisten dengan amalan dan perbuatan kita.

kata kunci di sini:
demi menunjukkan.

haih.
susah.
susah jadi manusia.
susah jadi manusia yang hidup di kalangan manusia pencatit dosa pahala.

segala apa--
kena ternampakkan.

tapi tak apa.
sebab aku ada sesuatu untuk pujukkan kalian.
apa yang membantu aku dalam menepis bisik2 syaitan di masa2 susah seperti:

"ah tak payahlah. nanti orang kata kau baru sekarang cari tuhan"
"ah nanti dululah. tunggu dah sempurna baru kau buat semuanya tanpa segan"
"ah xada gunalah. kau cari tuhan sekarang pun kau kena ligan. jadi beban"

rugi.
elok2 musibah datang mampu membuat kau balik WALAU sekejap pada tuhan--
terbantutkan.
terkacaukan.
terberhentikan.

semuanya kerana "tengah susah baru cari tuhan"

"tetap mengapa mereka tidak memohon kepada allah--
dengan kerendahan hati--
ketika siksaan kami datang menimpa mereka?
bahkan hati mereka menjadi keras--
dan syaitan jua menjadikan setiap apa yang mereka biasa lakukan--
terasa indah dan membahagia?"

al an'am.
43.

betapa tuhan itu yang lebih tahu kita semua.
dia terlalu maklum. di waktu susahlah kita selalu terhantukkan dan mencari dia.
maka dia sendiri menanti kita ketika dibagikan musibah ini semua.

maka kalau KETIKA SUSAH pun tidak kita rindukan dia--
kita patut tanya diri kita:
"kenapa?"

tak apa.
tak apalah dengan pandangan orang.
tak ada salahnya bila susah-- kita rebah mencari allah.
tak apalah walau dalam sekejapan cuma.

mana tau--
rezeki kita.
tiba2 dihadiahkan hidayah dalam tidak kita sangka.

salah seorang pensyarah dari fakulti subjek minor aku pernah bercakap tentang iman dalam kelas aku dulu.
"iman-- ada harinya. ada hari tinggi ke langit. ada hari jatuh terjunam bukit."

jangan takut sindir orang.
jangan takut merindu tuhan kita.

kita kena terima--
ada orang--
kedekut syurga.

setiap dugaan adalah untuk mengembalikan ingatan kita pada tuhan.
kalau sudah namanya "insan".
antara perkataan akarnya: "naasiyan".
bermakna "pelupa".

:)
masa terlupalah kita diperingatkan.
dan masa susahlah kita sembuh lupanya

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

21 July 2013

AKU PENDOSA


  • percaya pada cintanya tuhan. pada rahmaan. pada rahiim. orang boleh bilang apa saja. kita yang tahu apa dalam hati kita. kita semua pendosa. tak perlu malu sehingga jadi ignoran dan tak peduli. jangan pernah hilangkan setiap sesal dalam hati. hanya dari sesal datang segan pada diri sendiri. tertunduk dongak, terjatuh bongkak. sesal itu peringatan kita tentang kebodohan dulu-- maka jangan buat lagi.


  • andai datang siapa2 bertanya tentang masa lepasmu-- ubah. jangan lagi kita jawab dimulakan dengan "i have no regrets in life". kemudian disambung "i am proud with the mistakes i made". dan secara default akan disusuli dengan "for it made me who i am today". 

  •  bilangkan-- "aku bersyukur atas setiap kesilapan yang telah pernah aku perbuat. kerana in away, itu adalah cara tuhan mengajar aku sesuatu tentang sesuatu. namun andai aku ditembungkan dengan situasi yang sama-- aku berdoa agar di setiap kali pertembungan itu-- aku memilih untuk melakukan yang lebih baik dari yang sebelumnya". ikhtiar. always choose the betterment. yang lebih baik. sebab tak ada 'hari ini' yang paling sempurna. there is ALWAYS a room for improvement. thing you could have alter.


  • :) kita manusia. kita penuh cela. tuhan sendiri selalu beritahu. maka terang2 dia tahu. jadi kenapa perlu kita terlalu malu untuk mengaku kita pendosa? kenapa perlu malu semata2 demi manusia yang sama2 pendosa? embrace yourself. terima diri kita apa adanya. terima kita ini ada sompeknya. sesalkan. dan ikhtiarkan.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

BAHAGIA AKU

hidup ini mungkin nampak mudah dari cerita orang, tapi fikirlah jauh2. itu cuma apa yang dibiarkan terang. usah dibanding bahagia orang, untung tenggelam, kita tak tahu. usah dipuji dicaci sembarang, hati yang busuk, bau sebatu. hidup dengan hati mati, penat.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥