19 August 2015

cari Tuhan.

Bila saya fikir balik, syukur Allah himpitkan saya dengan kesusahan. Sebab susah lah saya terpaksa cari Tuhan untuk hidup senang. Sebab Dia lah Boss yang Maha Kaya. Rezeki kita di tangan Dia. Kalau saya senang dari dulu lagi, mungkin saya dah lupa diri.

Jadi, bila datang kesusahan, kesempitan, masalah, kena syukur sebab Allah nak ingatkan kita. Allah sayangkan kita. Kita kena cari puncanya. Puncanya mesti ada kena mengena dengan Tuhan. Adakah kita dah bereskan apa yang Tuhan suruh? Ada tak terbuat apa yang Tuhan larang? Bila ada masalah, kita boleh ikhtiar tapi ikhtiar kita sangat terhad. Masa tu kita perlukan “super power” untuk keluar dari kesusahan. Jadi “super power” yang kita harapkan tu tak lain dan tak bukan, ia hanyalah datang dari Tuhan. Nak minta Tuhan bantu kita, semestinya kena buat apa yang Dia suruh (perkara wajib), buat apa yang Dia suka (perkara sunat), dan tinggalkan apa yang Dia larang (perkara haram).

Ada orang yang contact saya tentang masalah kewangan, dia dah amalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari, tapi masih mencuba nasib beli nombor (judi). Bagi saya syukurlah sebab Allah masih himpit dia dengan kesusahan sebagai peringatan. Ada orang dihimpit dengan hutang, tapi masih ambil mudah dengan solat fardhu. Bagi saya, syukurlah sebab Allah berikan peringatan. Kalau hidup senang lenang dalam kemaksiatan, hati-hati sebab itu istidraj kata Nabi s.a.w. Istidraj tu Allah nak tinggikan tempat untuk dia jatuh! Cedera istidraj ni lebih parah berbanding ujian kesempitan dunia…

Mintalah Keajaiban Rezeki Dari Tuhan

Jadi kalau buntu dengan masalah kewangan, mintalah keajaiban dari Tuhan. Itu yang saya buat disamping belajar tentang kewangan dan bisnes, dan itu juga pengalaman Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah) ketika beliau dalam kesempitan. Minta dengan Tuhan banyak-banyak. Jaga solat fardhu, datang berjemaah di masjid, perbanyakkan solat hajat, rutinkan solat dhuha, disiplinkan diri dengan bersedekah walaupun sedikit, itulah antara cara menjemput keajaiban rezeki dari Tuhan.

Dan mungkin itulah yang Tuhan maksudkan, Dia akan bagi rezeki yang tak disangka-sangka kalau kita bertaqwa. Bahkan Dia bagi rezeki yang kita pun tak sangka ianya adalah rezeki. Rezeki yang tak ada pada orang kaya-kaya. Mungkin kita tak lah sekaya orang lain, tapi Allah bagi kita cukup segalanya. Alhamdulillah.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (At-Thalaq 65 : 2 – 3)

“Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah s.w.t” (Hadis Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Wallahu a’lam.
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment