26 March 2016

Ketua kelurga soleh .

Seorang lelaki yang memimpin keluarganya tapi tidak berusaha untuk bangun pagi solat subuh berjemaah, berzikir, beristighfar dan memohon pertolongan serta perlindungan Allah untuknya dan keluarganya, maka dia sebenarnya seorang yang sombong. 

Dia sombong dengan Tuhannya dengan merasa cukup tidak memerlukan bantuan dan rahmat Tuhan dalam perjalanan hidup. 



Jika dia berusaha pastikan dirinya hadir ke tempat kerja saban hari kerana dia percaya di situ ada rezekinya tapi dia mengambil ringan untuk memohon pertolongan Allah dalam hidupnya, maka seakan pergantungannya kepada pekerjaannya lebih besar dari pergantungannya kepada Allah.

Dr Maza.


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment