27 March 2016

DR AZIZAN PESAN

TIPS SEMINAR MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN @ KK OLEH DR AZIZAN OSMAN-20 OKT 2013

1.Kenapa hidup kita tak tenang?..Sebab asyik baca Facebook jer, tak baca Al-Quran.. (Siapa tak sentap?)
.
2.Berapa orang baca Quran dan try faham 1 surah setiap hari?
.
3.Kaya bukan sahaja kaya duit.
.
4.Kekayaan pertama ialah kaya jiwa, kaya minda.
.
5.Contoh kaya jiwa ialah pemaaf, suka memberi, suka berkongsi.
.
6.Orang yan...g miskin minda, bila ada orang bukak kedai yang sama macam kita kat sebelah kita dah takut..
.
7.Orang kaya minda tak takut..dia tahu bahawa rezeki Allah itu Maha Luasnya...
.
8.Orang sakit jiwa sekarang banyak..tengok di FB, ramai yang komen negatif.Semua tu ada penyakit jiwa.
.
9.Update negatif di FB buksn boleh selesai pun masalah dia.
.
10.IMKK 12-15 Dec 2013 ni Dr Azizan nak ajar cara tarik KEKAYAAN, KEJAYAAN,KEBAHAGIAAN, KEBERKATAN, KESIHATAN.
.
11.Hati manusia ibarat magnet, boleh menarik kebahagiaan.
.
12.Bila kita buat-buat badan kita macam bahagia, kita akan bahagia.Itu namanya Physiology Change.
.
13.Push diri kita untuk senyum, banyak senyuman akan datang.
.
14.Teringat Jerry citer, ada sorang student Uitm batch Doc bagitau, dulu Dr.Azizan ni orang kuat surau..dia akan paksa student-student lain pegi solat di surau. Doc kata caranya ialah dia sediakan bihun goreng..mula-mula biar diorang datang sebab bihun, lama-lama nanti ikhlas la diorang bersolat . Itulah dia physiology change!..
.
15.Bila kita fokus kegembiraan, jiwa akan tenang. 
.
16.Bila jiwa tenang, keberkatan dalam rezeki. 
.
17.Kita cakap benda yang kita buat.
.
18.Ada 2 cara nak jadi millionaire, perlu ada Mentor dan perlu ada Matlamat.

19.Mark Zuckerberg dulu asalnya tak ada duit.
.
20.Orang yang bersyukur akan dapat nikmat.
.
21.Jangan nak ubah ekonomi dunia, ubah ekonomi diri sendiri dulu. 
.
22.Ada angan-angan tapi tak tulis.Itu bukan matlamat. Matlamat kena tulis.
.
23.Nak kaya kalau dengan niat nak bersedekah, berzakat insyaallah semuanya akan datang keberkatan.
.
24.Ada 4 magnet buat hidup berubah iaitu Magnet fikiran, emosi, kata-kata, tindakan.
.
25.Macamana nak kaya kalau perbuatan kita tak menunjukkan kita kaya?
.
26.Cara kita duduk, berdiri, berjalan menunjukkan kita beepotensi unyuk berjaya atau tak.
.
27.Orang yang gagal suka cakap yang negatif.
.
28.Orang negatif srlalu fikir yang buruk jer pasal orang lain.
.
28.Berapa serius u nak, ia berkaitan dengan emosi.
.
29.Tunjukkan secara serius kepada Allah yang aku betul-betul NAK!..
.
30.Ramai yang doa sebagai syarat saja..tak disertai dengan kesungguhan kata-kata.
.
31.Apa(emosi) yang kita tunjukkan, itulah yang Allah aan beri.
.
32.Orang yang berjaya sebab dia allign. 
.
33.Nak berjaya sangat senang....kalau u faham!
.
34.MC Donald ada 22ribu outlet di seluruh dunia sebab ada sistem.
.
35.Pendapatan manusia ikut ilmu dia.
.
36.Kalau pendapatan dia rendah bermakna ilmu dia mesti kurang.
.
37.Ramai yang otak dia kosong.
.
38. Kalau ekonomi u bagus, u tak akan risau pun kalau harga minyak naik.
.
39.Life saya berubah bila saya ubah cara saya berfikir. Kata Dr.Azizan Osman. 
.
40.Orang yang suka cari salah orang tak akan berubah.
.
41. Orang yang suka cari salah diri sendiri akan berubah hidupnya.
.
42.Tulis matlamat, cari kawan positif.
.
43.Bila kasih sayang suami isteri semakin baik, hubungan dengan ibu bapa semakin baik..Pintu rezeki akan terbuka!
.
44.Sharifah Aini sponsor 2500 anak yatim setiap bulan.
.
45.Niat bisnes kena bagus dan betul baru bisnes akan berjaya.
.
46.Kekayaan yang kita punya bukan semua hak kita.
.
47.Tak ada sesiapa pun boleh paksa seseorang untuk berubah kalau tak ada tindakan.
.
48.Ramai orang hidup seperti ayam kerana dia berkawan dengan ayam padahal dia adalah helang.
.
49.Seminar apapun tak berguna kalau tak bertindak.
.
50.Kalau tak paham jugak ilmu ni semua, balik TAHLIL kan diri sendiri. alik baca Yaasin dan Al-Fatihah untuk diri sendiri!

Cukup lah yer uols.. Jom kita pegi cari ilmu okayyy...

Love youuu..
.
Sumber : ANIS CMC

#akakmanis


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment