17 June 2016

WANITA PELUPA

Perkongsian Puan Felinna .

fel i taktau i buat silap kat mana,i baca quran hari2,i solat sunat tiap waktu,yg wajib mmg i buat lah kan semuanya.. Tapi i tetap tak berjaya!"
Kisah pn Angelina Jolee bukan nama sebenar

Maka fel pon dgn rakusnya melihat si dia , atas bawah,atas bawah.. Alamak! Kaki tu nanpak.. Seluar tu ketat! Tudung awak singkat... Alamak alamak! Mesti dia lupa yg aurat tu pon wajib.. Macamna Allah nak bagi dia kejayaan sedangkan nak tutup kaki yg senang itu pon x mampu dia buat?

Maafkan wanita ..kami mmg pelupa... Kami lupa yg setiap inci tubuh kami diambil kira..

Ada juga fel jumpa, pakai nya tudung labuh tutup hingga ke pinggang tapi baju nya ketat bulu mata pelesu nya lebat! Allah, dia terlupa! Bulu mata n baju ketat itu HARAM! Ya wanita cepat lupa...

Kisah ini sama macam kisah fel dahulu kala,fesyen,modernisasi dan persekitaran buat fel rasa syg nak pakai cam makcik2 atau wanita baik2, hekeleh. Tak kuala lumpur ah wey pakai baju cenggini2 ataupun bimbang  satg org akan cop tak stailista pon kata pengasas produk! Mestilah vavavoom.

So fel sempat la jugak vavavoomm masa awal2 jadi pengasas produk, kekonon baru nampak sesuai ngan status. Allah.. Fel lupa...vavavoom itulah yg akan mengheret kaki fel ke neraka.. Ya wanita mmg cepat lupa..

Fel lupa itu juga aurat fel, wajah fel,perhiasan fel,diri fel.. TABBARUJ! Ya Aku bertabaruj...disebabkan takut bertabaruj dan juga takutkan seksaan wanita yg bertabaruj ini kakfel mula berpurdah....kakfel mmg belum mampu menutupi keseluruhannya tapi mencuba...susah sebanarnya kita wanita, kita suka kecantikan, kita sgt2 suka kelihatan sempurna, tapi kita selalu lupa kita lupa yg semua yg kita buat di dunia akan  jd asbab utk kita syurga atau neraka....

Mmg seronok dipuji di dunia, enko cantik la fel! Engko lawa sgt2 fel! Enko cam retis la fel, balik malam sebelum tidoq mesti masih boleh senyum sampai gigi sbb org puji, keluar rumah plak rasa bangga diri sbb berasa diri santek! Allah... Dh RIAK! Berdosa.....

Maka sbb itu fel cakap kita perempuan selalu TERLUPA.. Terlupa yg kita hiasan dunia, tapi bukan utk dipertontonkan.....

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

10 June 2016

LAKUKAN DENGAN PANTAS

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi.Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!
Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!
Irfan Khairi

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥