31 July 2015

Belajar dengan meniru

Manusia belajar dengan Meniru

Motor lintas lampu isyarat merah! Ikut motor lain.

McDonald’s manfaatkan tabiat manusia suka meniru. Just sediakan modal, dia akan provide everything 100% exactly dengan bisness dia.

Masa belajar dulu, saya cari senior-senior yang berjaya. Tiru sering digambarkan perkara buruk. Tiru cara baik bukan tiru jawapan kawan, tapi tiru tabiat orang berjaya. Supaya kita fikir apa yang mereka fikir, dan buat apa yang mereka buat. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita dapat.

Dan kita jangan lupa, Allah S.W.T hantar kepada kita Nabi untuk kita tiru. Untuk copy 100% apa yang Nabi buat, supaya kita dapat apa yang Nabi dapat – ganjaran bagi orang beriman. Dan Tuhan hantar Nabi bukan dari kalangan malaikat yang taat 100% kepada Dia, tetapi Tuhan hantar Nabi dari kalangan manusia. Supaya apa yang Nabi buat, kita pun mampu buat.

Itulah hukum sunnatullah pada manusia untuk berjaya dalam hidup. Iaitu manusia belajar dengan meniru.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

Bercakap dengan Tuhan

Mr. Heera Singh katanya bercakaplah dengan Tuhan setiap hari. Itulah antara cara kita memotivasikan diri. Kalau kita luangkan masa untuk Tuhan, Tuhan akan luangkan masa untuk kita.

Wah… saya cukup teruja dengan tips dari Mr. Heera ni. Oh, betapa Maha Bijaksananya Tuhan. Tuhan memang suruh bercakap dengan dia setiap hari. Bahkan Dia wajibkan kita bercakap dengan Dia lima (5) kali sehari – melalui solat!

Oh, untungnya kita Tuhan syariatkan Solat fardhu 5 waktu! Tuhan suruh kita bercakap dengan Dia setiap hari. Antara hikmahnya, ia memotivasikan kita! Memang ia cukup memotivasikan. Kalau kita hayati setiap perkataan yang kita cakapkan pada Tuhan dalam solat, ia memang memberi motivasi!

Dalam solat kita berdoa, kita letakkan harapan pada Tuhan. Apabila tak ada harapan, manusia lemah semangat dan mati. Sebab tu ada orang (yang tak beriman) bunuh diri. Bagi dia, dah tak ada apa harapan lagi untuk dia terus hidup.

Motivasikanlah diri dengan memelihari solat. Bukan sekadar solat, tapi memelihara solat. Solat awal waktu, berjemaah, solat di surau dan masjid, sentiasa usaha untuk fahamkan maksud-maksud lafaz dalam solat, dan sentiasa usaha untuk khusyu’. Satu perkara yang saya realise, solat khuyu’ sebenarnya boleh jadi terapi. Ia melegakan stress dan segala kekusutan dalam fikiran kita. Kalau rasa penat, kita boleh dapat sedikit rehat dengan solat.

♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥