12 August 2015

Bahasa Mesra

Bahasa Mesra Membawa Mudharat Kepada Bisnes

Gaya bahasa yang kita gunakan dalam bisnes boleh mendatangkan mudharat kepada bisnes kita.

Contoh: Gaya bahasa ‘mesra-mesra’.

+ Bercakap dengan pelanggan menggunakan bahasa basahan.

+ Membahasakan pelanggan dengan panggilan kekeluargaan seperti ‘kakak’, ‘abang’, ‘adik’ dll.

.

Apabila pelanggan mahu supaya kita melayan dia dengan gaya mesra-mesra, dia mempunyai agenda tersembunyi.

Pelanggan macam itu cenderung satu hari nanti dia akan menyalahgunakan hubungan mesra itu bagi mendapatkan keuntungan untuk pihak dirinya sahaja.

Dia tahu, dia takkan dapat memanipulasi emosi kita selagi kita belum mahu menjalin hubungan mesra dengannya.

.

Selepas kita melayan dia dengan mesra, barulah perancangan manipulasi emosi dan penyalahgunaan hubungan mesra itu dapat dilaksanakan:

+ Dia meminta ambil barang dahulu, bayar kemudian.

+ Dia meminta pembelian secara kredit.

+ Dia meminta diskaun yang lebih tinggi.

+ Dia meminta bayaran 2 kali ataupun 3 kali.

+ Dia meminta tangguhkan bayaran.

Dia akan gunakan faktor ‘sudah mesra’ bagi melemahkan kita, dan menyebabkan kita berasa serba-salah dan malu-alah.


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

Kritikan

Konsep ‘constructive criticism’ tidak dicipta oleh pakar-pakar psikologi. Bagi mereka semua criticism adalah ‘destructive’ yakni merosakkan.

Mereka berpandangan semua bentuk kritikan meninggalkan kesan negatif ke atas self-esteem (maruah) dan self-concept individu yang dikritik. Dalam istilah lain, semua kritikan adalah mencederakan.

Bagi pakar-pakar psikologi, semua mesej yang disampaikan dengan menggunakan ayat-ayat kritikan dapat disampaikan dengan lebih baik dengan menggunakan ayat-ayat bukan-kritikan.

.

Golongan yang sangat percaya kepada konsep ‘constructive criticism’ adalah mereka yang datang dari bidang pengurusan sumber manusia.

Golongan ini menyedari kesan-kesan negatif criticism, namun mereka tetap percaya criticism adalah alat yang diperlukan. Lalu mereka mencipta istilah ‘critique’ yang dikatakan sebagai berbeza daripada ‘criticism’.


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥