9 June 2016

Kongsi rezeki

CARA KITA BERSYUKUR DENGAN REZEKI.
..................

"Sudah-sudahlah beli rumah tu, kasi chance lah kat kami yang belum ada rumah ni."

Entah-entah yang bercakap tu, gaji sama macam kita juga. Malah belum lagi berkahwin, tiada tanggungan yang perlu disara.

"Itulah.. Orang lain beli rumah awal-awal. Rancang kewangan dengan baik. Ni tak, kau pakai kereta mahal, shopping swipe pakai kad kredit tapi tak penah bayar, melancong melihat dunia luar pakai duit bonus. Tak cukup duit belanja nanti, ambil pembiayaan peribadi pula."

Kalaulah kita nak tunggu golongan macam tu untuk beli rumah, 5 tahun lagi pun belum tentu lagi berjaya.

Buang masa. Membazir. Sedangkan harga rumah semakin naik. Terus lalai dibuai mimpi indah sebagai anak muda hipster dan metroseksual.

Cara dia berbelanja berbanding kita memang jauh berbeza. Bukan kita yang tak bagi peluang, tapi dia sendiri yang tak bagi peluang kepada diri sendiri.

Tanda kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, adalah dengan menguruskan rezeki tersebut dengan baik. Salurkan ia kepada perkara yang bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Marilah kita bersyukur.

Salam ahad ! 

Kredit #harithfaisal
#akakmanis


♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

No comments:

Post a Comment