20 November 2013

MARI SUNYI KAN

mari, sunyikan.
mari,
ke rumah kecil itu
di pinggir air jernih
sepurnama perosoknya.

sunyikan,
indah kita di situ
berdua walau perih
tujuh langit ketawanya.

mari,
berpeluk atas batu
melorek asmara kasih
hanya unggas lagunya.

sunyikan,
bahagia tak tertipu
dada yang kosong sedih
sentiasa hendaknya.

mari sunyikan,
dengan benih yang mahu singgah
dan menumpang tidak lama lagi.

mari sunyikan,
cinta yang mereka cela sumpah
takkan mungkin takkan terbagi.

mari sunyikan,
kerana ia agung dan suci.

mari sunyikan,
kerana manusia itu dengki.

** COFFEE PASTA **FYNN JAMAL
♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

1 comment:

  1. http://mistaqila.blogspot.com/2013/12/tutorial-daftar-8share.html Jom daftar ! Buat duit secara online. Masyuk okay :D

    ReplyDelete